Berita Sukan
Jangan beri janji palsu, Hannah Yeoh tegur penaja gagal tunai janji insentif atlet menang pingat
KUALA LUMPUR 28 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegur pihak penaja yang gagal menunaikan janji pemberian insentif kepada atlet, susulan pendedahan jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou mengenai imbuhan yang masih belum diterima.
Ketika ditemui di Majlis Perasmian Taska Team MAS kelmarin, Hannah mengingatkan bahawa semua tajaan kepada atlet perlu dibuat secara bertulis bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa eksploitasi.
“Saya tidak tahu tentang perjanjian antara Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Liek Hou. Tetapi jika janji telah dibuat, ia mesti ditunaikan. Saya akan menunggu aduan rasmi daripada beliau.
“Penaja yang ingin menaja atlet perlu memastikan semua perjanjian dilakukan secara bertulis bagi melindungi mereka daripada digunakan untuk tujuan komersial tanpa menerima sebarang manfaat,” katanya.
Isu kegagalan menunaikan janji kepada atlet bukanlah perkara baharu. Sebelum ini, pemenang pingat perak Sukan Paralimpik Paris 2024, Ziyad Zolkefli turut meluahkan rasa kecewa terhadap MPM kerana insentif yang dijanjikan masih belum diterima.
Pada Ogos lalu, MPM mengumumkan bahawa atlet yang memenangi pingat di Paralimpik Paris akan menerima insentif khas daripada tiga syarikat penaja, termasuk wang tunai RM20,000 bagi pingat emas, RM10,000 (perak), RM5,000 (gangsa), serta perbincangan mengenai hadiah kereta bagi pemenang emas.
Namun, sehingga kini, Ziyad dan beberapa atlet lain masih belum menerima bayaran tersebut. Malah, elaun yang sepatutnya diberikan kepada atlet sebelum temasya Paralimpik juga tidak dibayar, menyebabkan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Majlis Sukan Negara (MSN).
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
