Berita Dunia
Bangunan pencakar langit runtuh, gempa bumi kuat gegar Thailand
NAYPIDAW 28 Mac - Gempa bumi kuat berukuran magnitud 7.7 melanda tengah Myanmar pada tengah hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Kejadian itu menyebabkan kerosakan jalan raya di ibu negara, Naypyidaw, dan gegaran turut dirasai di China serta Thailand.
USGS melaporkan bahawa pusat gempa terletak 16 kilometer ke barat laut bandar Sagaing pada kedalaman 10km, berlaku sekitar jam 12.50 tengah hari waktu tempatan (0620 GMT).
Di Thailand, beberapa perkhidmatan metro dan rel ringan di Bangkok terpaksa dihentikan sementara akibat gegaran kuat.
Wartawan AFP yang berada di Naypyidaw melaporkan kerosakan pada jalan raya dan serpihan siling jatuh dari bangunan.
Gegaran itu turut dirasai di utara Thailand hingga ke ibu negara Bangkok, menyebabkan penduduk panik dan bergegas keluar dari bangunan.
"Saya terdengar bunyi gegaran ketika sedang tidur di rumah. Saya terus berlari sejauh mungkin dalam pakaian tidur keluar dari bangunan," kata Duangjai, penduduk Chiang Mai, kepada AFP.
Di China, gegaran juga dirasai di wilayah Yunnan, di barat daya negara itu, dengan agensi gempa Beijing melaporkan kekuatan gempa pada magnitud 7.9.
Gempa bumi adalah kejadian biasa di Myanmar, dengan enam gempa kuat berukuran magnitud 7 atau lebih pernah berlaku antara 1930 hingga 1956 di sekitar Sesar Sagaing yang merentas negara itu dari utara ke selatan, menurut USGS.
Pada 2016, gempa berukuran magnitud 6.8 di ibu kota purba Bagan mengorbankan tiga nyawa dan merosakkan banyak menara serta dinding kuil di destinasi pelancongan terkenal tersebut.
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
