Berita Dunia
Arab Saudi sambut Aidilfitri hari ini
RIYADH 30 Mac - Arab Saudi dan beberapa negara Teluk seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) serta Qatar menyambut 1 Syawal hari ini, menandakan berakhirnya Ramadan.
Mahkamah Diraja Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan media rasmi negara itu mengumumkan bahawa Mahkamah Agung telah menetapkan Ahad, 30 Mac 2025, sebagai hari pertama Aidilfitri setelah anak bulan Syawal dilihat.
Namun, tidak semua negara di Asia Barat menyambutnya pada hari yang sama. Negara jiran seperti Oman dan Jordan, serta Iran yang mempunyai majoriti penduduk berfahaman Syiah, hanya akan menyambut Aidilfitri pada Isnin kerana menurut pihak berkuasa mereka, anak bulan masih belum kelihatan.
Keadaan sama turut berlaku di Mesir dan beberapa negara di Afrika Utara yang memilih untuk menyambut 1 Syawal sehari kemudian.
Sementara itu, agensi berita Palestin, WAFA, melaporkan bahawa Mufti Besar Baitulmuqaddis dan Palestin, Sheikh Mohammed Hussein, telah secara rasmi mengumumkan bahawa Aidilfitri disambut pada hari ini di Palestin. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
