Berita Dunia
AS kenakan tarif timbal balik baharu, Malaysia terlibat
WASHINGTON 3 April - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif baharu terhadap import dari pelbagai negara, langkah yang dijangka memberi kesan besar kepada ekonomi global dan pasaran perdagangan.
Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), tarif asas sebanyak 10 peratus akan dikenakan terhadap semua barangan import ke AS bermula 5 April ini. Selain itu, 60 negara yang dianggap mempunyai ketidakseimbangan perdagangan dengan AS akan dikenakan tarif timbal balik yang lebih tinggi, berkuat kuasa pada 9 April.
Antara negara yang terlibat ialah China (34 peratus), Kesatuan Eropah (20 peratus), Thailand (36 peratus), Vietnam (46 peratus), Jepun (24 peratus), Kemboja (49 peratus), Afrika Selatan (30 peratus), dan Taiwan (32 peratus). Malaysia turut dikenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus.
Bagaimanapun, Kanada dan Mexico tidak termasuk dalam senarai negara yang terkesan dengan tarif baharu ini.
Selain itu, AS turut mengumumkan tarif 25 peratus ke atas semua kenderaan buatan luar negara, yang akan berkuat kuasa serta-merta pada tengah malam 3 April.
Langkah ini bertujuan menangani perbezaan tarif serta halangan perdagangan yang dianggap tidak adil terhadap AS. - Agensi
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
