Berita Sukan
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
KUALA LUMPUR, 8 April – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United bakal mengubat kerinduan peminat bola sepak tempatan apabila mengesahkan akan mengadakan perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.
Kepulangan The Red Devils ke Kuala Lumpur menamatkan penantian selama hampir 16 tahun, selepas kali terakhir mereka beraksi di Malaysia pada tahun 2009, juga di lokasi yang sama.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Manchester United, skuad itu akan memulakan siri jelajah Asia selepas tamat musim EPL dengan menentang pasukan ASEAN All Stars di Kuala Lumpur, sebelum meneruskan aksi menentang Hong Kong pada 30 Mei di negara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada, berkata keputusan mengadakan jelajah pramusim ke Asia adalah sebagai penghargaan kepada sokongan padu peminat di rantau ini.
“Kami amat menghargai sokongan luar biasa daripada penyokong Manchester United di seluruh dunia. Tahun ini, kami akan ke Asia, Scandinavia dan Amerika Syarikat bagi siri Jelajah Pramusim.
“Kami berharap langkah ini bukan sahaja dapat mengukuhkan hubungan dengan peminat di rantau ini, tetapi juga memberi kesan positif dari sudut komersial kepada kelab,” katanya.
Tiket untuk perlawanan di Kuala Lumpur mula dijual hari ini dan penyokong The Red Devils boleh mendapatkan tiket mereka segera.
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
