Berita Sukan
TMJ lawat pusat latihan PSG, dijemput saksikan aksi Liga Juara-Juara
JOHOR BAHRU 9 April - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah dijemput sebagai tetamu khas oleh Presiden Paris Saint-Germain (PSG) FC, Nasser Al-Khelaifi untuk melawat pusat latihan kelab bola sepak ternama itu di Paris, Perancis semalam.
Sebagai pemangku Sultan Johor dan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), baginda turut dijemput menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara UEFA membabitkan PSG menentang Aston Villa yang dijadualkan berlangsung di Parc des Princes, malam ini.
PSG Campus, pusat latihan serba moden yang dibina pada tahun 2024, merupakan antara fasiliti latihan bola sepak paling canggih di dunia. Ia menjadi pusat latihan utama bagi pasukan bola sepak dan bola baling PSG serta akademi pembangunan mereka.
Mengiringi Tunku Ismail dalam lawatan itu ialah penasihat baginda, Tim Cahill; Duta Sukan Johor, Sonny Bill Williams; Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia; serta Pengarah Sukan JDT, Kiko Insa. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
