Berita Viral
Netizen puji sekumpulan 'abang Food Panda' bantu cekup peragut menyamar penghantar makanan di Melaka
MELAKA 24 April - Tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan dan orang awam berjaya membantu polis menahan seorang lelaki disyaki peragut yang menyamar sebagai penghantar makanan, dalam kejadian yang berlaku di sini petang semalam.
Difahamkan, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu meragut rantai emas dan wang tunai milik seorang wanita di sebuah pasar raya di Bachang, sebelum disedari oleh beberapa penghantar makanan Food Panda.
Suspek kemudiannya dikejar hingga ke kawasan Malim sebelum berjaya dikepung oleh kumpulan ‘abang Food Panda’ dan orang awam.
Menerusi video berdurasi 46 saat yang tular di media sosial, suspek berbaju hitam dilihat diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi kejadian.
Kejadian tersebut turut mencetuskan kemarahan dalam kalangan penghantar makanan lain yang mengecam tindakan suspek kerana mencemarkan nama baik mereka dengan menyamar sebagai rakan penghantar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
“Kita akan mengeluarkan kenyataan media dalam waktu terdekat kerana suspek dipercayai terlibat dalam banyak kes jenayah lain,” katanya ringkas.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
