TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 26 April - Dua beranak ditemui mati dalam keadaan membusuk di sebuah rumah di Semenyih, dipercayai akibat dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa ialah seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudara lelakinya berusia 25 tahun, yang disyaki maut akibat sesak nafas.

Penemuan mayat berlaku selepas seorang lelaki membuat laporan polis semalam apabila menghidu bau busuk dari kediaman kakaknya, selepas hampir 10 hari tidak kelihatan.

"Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat. Punca kematian disahkan akibat sesak nafas," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Naazron, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan geledahan, manakala rumah mangsa juga didapati berkunci dari dalam.

"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan, namun keterangan daripada ahli keluarga dan saksi akan diambil bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Umesh Ratnam Kumar di talian 012-6114900. - Media Telus

+ - reset