Berita Jenayah
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis

KAJANG 29 April -Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas didakwa cuba merakam gambar dan video mengaibkan seorang remaja perempuan di sebuah pasar raya di Kajang, dalam kejadian yang sempat dirakam dan tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video kejadian berkenaan mula dikesan pihak polis selepas ia dimuat naik ke Instagram dan dipercayai berlaku sekitar jam 7.30 malam pada 24 April lalu.
Menurutnya, ketika itu pengadu berada bersama anak perempuannya yang berusia 16 tahun di kaunter pembayaran sebelum dihampiri seorang lelaki yang cuba merakam gambar tidak senonoh remaja berkenaan.
“Bagaimanapun, cubaan tersebut berjaya digagalkan oleh seorang lelaki yang berada di dalam kedai tersebut dengan menegur suspek.
“Setelah ditegur, suspek yang menafikan perbuatannya terus beredar meninggalkan pasar raya tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek berusia 48 tahun kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi dan merampas sebuah telefon bimbit sebagai barang bukti.
Naazron menjelaskan, suspek yang merupakan duda anak tiga itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Suspek direman sehari dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Noriyati Abdullah di talian 016-3516908,” ujarnya.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am