Berita Jenayah
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma

MELAKA 28 April - Seorang mekanik direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan selama tiga tahun sejak mangsa berusia tujuh tahun.
Perintah reman ke atas suspek bujang berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret N Sivashangari bermula hari ini sehingga 4 Mei ini.
Ia membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Menurut sumber, kejadian terbongkar Jumaat lalu selepas ibu mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang guru meminta dia datang ke sekolah anaknya itu berusia 12 tahun.
“Sebaik tiba di sekolah, guru terbabit memberitahu mangsa mengadu telah dicabul oleh anak lelaki pengasuhnya sejak dia berumur 7 tahun lagi di rumah pengasuhnya itu di Kampung Batang Tiga, di sini.
“Kejadian berlaku sehingga kali terakhir pengadu menghantar anaknya itu ke pengasuh berkenaan pada penghujung Disember lalu.
“Pengadu berusia 42 tahun terkejut kerana anaknya tidak pernah menceritakan apa-apa namun menyedari mangsa mula menunjukkan sikap suka menyendiri sejak berumur 9 tahun,” katanya dalam laporan Malaysiagazette.
Tambahnya, mangsa mendakwa dia telah dicabul oleh anak lelaki pengasuhnya berusia 28 tahun dengan cara meraba di bahagian dada dan kemaluan berulang kali.
“Perbuatan jijik itu dikatakan berlaku semasa berada di bilik ketika ibu suspek sedang sibuk di dapur.
“Susulan itu, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga, Sabtu lalu sebelum membawa anaknya itu ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar psikiatri,” katanya.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am