Berita Jenayah
Peniaga kosmetik hidup mewah disyaki terbabit pengedaran dadah, polis rampas aset RM1 juta

KUALA TERENGGANU 1 Mei - Kegiatan seorang peniaga kosmetik yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah terbongkar selepas polis merampas dadah jenis syabu serta menyita pelbagai aset mewah dan barangan kemas bernilai hampir RM1 juta.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis tidak beroperasi di Kampung Paya Keladi, di sini, sekitar jam 8.40 malam, Isnin lalu.
"Hasil pemeriksaan terhadap tubuh suspek menemukan satu plastik hijau mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram, dipercayai untuk edaran kepada kira-kira 6,000 penagih di daerah Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, nilai rampasan dadah tersebut dianggarkan sekitar RM32,000, manakala aset yang disita termasuk tiga buah kenderaan iaitu Toyota Alphard, Mini Cooper Countryman dan Range Rover, wang tunai sebanyak RM7,700 serta beberapa barangan kemas seperti gelang tangan, rantai leher dan gelang kaki emas.
Katanya lagi, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini, namun hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Nimetazepam.
"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu hingga 5 Mei ini bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan," jelas beliau.
Tambah Mohd Khairi, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan saki-baki rangkaian sindiket yang terlibat.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am