TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 April – Polis kini giat mengesan dua lelaki yang terlibat dalam insiden ragut melibatkan seorang warga emas di hadapan sebuah kuil di Kampung Pandan, kira-kira pukul 2 petang kelmarin.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 60 tahun itu sedang menuju ke kenderaannya.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH

“Semasa mangsa hendak masuk ke dalam kereta, dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampirinya sebelum meragut rantai leher emas yang dipakai dan melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian cuba mengejar suspek, namun usaha itu tidak berjaya.

Pihak polis kini berusaha mengesan suspek termasuk dengan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kuil tersebut bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. - Media Telus

+ - reset