TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 April - Seorang pesara lelaki menanggung kerugian mencecah RM109,500 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang didakwa melibatkan suami kepada seorang selebriti bergelar Datuk Seri.

Insiden itu dilaporkan berlaku selepas mangsa berusia 58 tahun, yang menggunakan wang simpanan persaraannya untuk melabur, membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 11.14 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, bekas pekerja pelantar minyak itu diperkenalkan dengan skim pelaburan yang dikatakan patuh syariah oleh seorang kenalan pada 29 Januari 2023.

“Mangsa yang berminat kemudian bersetuju untuk mendengar penerangan daripada ejen pemasaran skim pelaburan tersebut secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting.

“Penerangan skim pelaburan itu didakwa diberikan oleh suami selebriti berpangkat Datuk Seri,” katanya memetik laporan Kosmo, di sini hari ini.

Menurut Azli, pesara berkenaan bersetuju melabur dalam satu pakej bernilai RM150,000 yang menjanjikan pulangan sebanyak 18 peratus setahun untuk tempoh tiga tahun.

“Pada mulanya mangsa menerima keuntungan awal seperti dijanjikan sebanyak RM40,500 secara berperingkat.

“Bagaimanapun pembayaran keuntungan itu dikatakan terhenti bermula pada 29 Oktober tahun lalu menyebabkan mangsa berasa tertipu,” katanya.

+ - reset