Berita Berita
Wanita temui ajal ketika bersarapan akibat dirempuh MPV di Sungai Petani

SUNGAI PETANI 28 April – Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang bersarapan di sebuah kedai makan di Taman Bersatu, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Han Chin Ting, 55, seorang jurujual barangan farmasi, sedang menjamu selera bersama beberapa pelanggan lain di rumah kedai berkenaan sebelum dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
Kenderaan itu dipandu seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang dipercayai terbabas, menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Pemilik kedai makan, seorang wanita berusia lingkungan 50-an, serta empat pelanggan lain turut mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.
Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, kejadian berlaku apabila Perodua Alza yang menghampiri simpang tiga berhampiran kedai makan itu dilihat hilang kawalan sebelum merempuh pelanggan.
“Pemandu wanita terbabit tinggal di taman perumahan sama dan memaklumkan dia tersilap tekan pedal minyak menyebabkan kenderaannya hilang kawalan.
“Walau bagaimanapun pemandu kenderaan itu tidak mengalami kecederaan dan terpaksa ditenangkan oleh orang ramai kerana terkejut,” katanya di sini hari ini.
Saksi itu turut memaklumkan bahawa mangsa yang belum berkahwin sering bersarapan di kedai makan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail yang dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Berita berkaitan
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm