Berita Berita
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela

KUALA LUMPUR 4 Mei - Seramai 12 individu dirakam keterangan berhubung kes kehilangan seorang wanita bergelar Datin Seri yang disyaki diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, rakaman percakapan itu adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan seseorang dengan niat untuk mengurungnya secara salah.
“Bagaimanapun, tiada petunjuk baharu atau perkembangan mengenai keberadaan mangsa (Pamela Ling Yueh),” katanya, di sini hari ini.
Terdahulu, polis mengesahkan tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan berkaitan kehilangan wanita berusia 42 tahun itu.
Rusdi dilaporkan berkata, polis menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya pada pukul 3.02 petang pada hari kehilangannya.
Difahamkan, wanita itu dijadualkan hadir ke pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan berkaitan satu siasatan kes penggubahan wang haram.
Ketidakhadiran Ling Yueh pada 9 April lalu telah disahkan oleh pihak SPRM.
Sementara itu, keluarga mangsa menerusi satu kenyataan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan tampil bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
May 4, 2025, 3:07 pm
Siap sedia, Lembah Klang dilanda ribut petir petang ini
May 4, 2025, 2:42 pm
Budak 4 tahun tahan sakit tersepit hampir 30 minit dihempap lori terbalik di Sik
May 4, 2025, 2:10 pm
UMNO pilih Kerajaan Perpaduan demi rakyat, bukan sebab DAP – Jalaluddin
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am