Berita Berita
Yasin Sulaiman dibebaskan hukuman penjara seumur hidup, 16 sebatan, diarah ke Hospital Bahagia

PUTRAJAYA 28 April – Penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman menarik nafas lega hari ini apabila Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan keputusan melepaskan dan membebaskannya daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah.
Keputusan sebulat suara itu diputuskan oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali, selepas membenarkan rayuan akhir Yasin sebagai perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan yang dijatuhkan sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Walaupun dilepas dan dibebaskan, Yasin, atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 50, tetap ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, untuk tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin.
Terdahulu, pada 29 November 2023, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya telah melepas dan membebaskan Yasin daripada ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Namun, pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman berat terhadap Yasin selepas mendapati beliau bersalah.
Mengikut pertuduhan pertama, Yasin didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, pada 24 Mac 2022, kira-kira pukul 5.30 petang. Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menanam 17 pokok Kanabis dalam pasu plastik berisi tanah di lokasi dan waktu yang sama. Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang enam kali.
Sementara itu, pertuduhan ketiga menyatakan Yasin didapati memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam hari yang sama. Bagi kesalahan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm