Berita Berita
Bekalan lembu Aidiladha dijangka mencukupi, harga santan turut dijangka stabil - Mohamad Sabu

SERDANG 29 April - Bekalan lembu untuk sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan pada Jun ini dijangka mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau turut berharap harga lembu kekal stabil di pasaran, memandangkan harga lembu juga rendah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
“Bagi lembu yang diperuntukkan untuk ibadah korban, Insya-Allah bekalannya akan mencukupi. Kita harap harga lembu tidak akan naik mendadak pada Hari Raya Korban nanti,” katanya kepada media selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) 2025 di MAEPS, Serdang, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamad memaklumkan kejadian penularan wabak hawar berdarah (Haemorrhagic Septicaemia, HS) di daerah Kuala Terengganu masih terkawal dan dipantau rapi.
Pada Jumaat lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaporkan kes HS yang menyebabkan 25 ekor kerbau mati di Kampung Dusun Tembakau, Manir.
Sementara itu, mengenai harga santan yang masih tinggi, Mohamad berkata harga dijangka stabil menjelang Mei ini.
Menurutnya, harga santan yang melonjak dipengaruhi permintaan tinggi semasa Aidilfitri, namun kerajaan telah mengambil langkah mengimport tambahan santan dari Indonesia serta membawanya dari Sabah dan Sarawak.
“Dengan langkah-langkah tersebut, kami yakin harga santan akan kembali stabil bulan depan, insya-Allah,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm