TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kebakaran asrama SMK Tinggi Setapak: KPM janji salur bantuan segera

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 29 April - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan akan menyalurkan bantuan segera kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak susulan insiden kebakaran yang melibatkan sebuah blok asrama sekolah itu semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam satu hantaran di Facebook, memaklumkan bahawa keselamatan pelajar, guru, dan seluruh warga sekolah menjadi keutamaan pihaknya ketika ini.

“Saya telah menerima perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak. Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua yang terlibat terpelihara,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.43 malam semalam, sebuah blok asrama lelaki yang menempatkan 91 pelajar terbakar. Mujur, kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana pada waktu kejadian mereka berada di surau sekolah menunggu waktu solat Isyak.

Komander Operasi Bomba, Timbalan Penguasa Bomba II Japari Tajuddin, berkata kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus bahagian tingkat satu bangunan asrama berkenaan. - Media Telus

+ - reset