Berita Berita
PGA gempur 8 kilang kayu haram di Kelantan, rampasan cecah RM31.2 Juta

KOTA BHARU 29 April - Pasukan Gerakan Am (PGA) telah melancarkan serbuan ke atas lapan kilang kayu di empat daerah sekitar negeri ini, membabitkan rampasan pelbagai barangan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM31.2 juta dalam operasi yang dijalankan pagi semalam.
Operasi Bersepadu Op Khazanah ini melibatkan penyertaan Cawangan Risik Briged Tenggara dari Batalion 7, 8 dan 9, bersama Jabatan Perhutanan Kelantan, dengan lokasi serbuan tertumpu di daerah Pasir Mas, Jeli, Tumpat dan Tanah Merah.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, memaklumkan bahawa operasi berkenaan telah membawa kepada penahanan seramai 31 individu, termasuk 11 orang warga asing, yang berusia antara 18 hingga 67 tahun.
Menurut beliau, selain penahanan warga asing, operasi turut menahan pemilik kilang kayu yang diserbu.
"Kesemua serbuan dilakukan secara serentak bermula 10 pagi. Hasil serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan terhadap kesemua kilang kayu itu mendapati beberapa kesalahan yang dilakukan termasuk ada kilang yang tidak berlesen," katanya ketika dihubungi.
Beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai jenis kayu dalam pelbagai saiz, jentera berat, alat pemotong dan peralatan pemprosesan kayu telah dirampas dalam serbuan tersebut.
"Susulan serbuan berkenaan, kita merampas pelbagai saiz kayu, jentera berat, alat pemotong dan pemproses kayu membabitkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM31.2 juta," ujarnya lagi.
Tambah beliau, kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta Pejabat Perhutanan Negeri untuk tindakan lanjut.
"Bagi kesalahan bagi kilang kayu yang langsung tidak mempunyai lesen, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan sebaik siasatan dari Pejabat Perhutanan selesai," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 93(2) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985, Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63.
Berita berkaitan
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm