Berita Berita
Dividen SSPN 2024 cecah 4.05 peratus, tertinggi dalam tempoh 10 tahun

PUTRAJAYA 30 April – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2024 sebanyak 4.05 peratus, menjadikannya antara kadar terbaik dalam tempoh 10 tahun.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, agihan dividen tersebut akan memberi manfaat kepada 6.77 juta akaun pendeposit, melibatkan peruntukan sebanyak RM439.87 juta.
“Ini menjadikan keseluruhan agihan dividen berjumlah RM2.12 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada 2004.
“Agihan dividen ini akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan melalui aplikasi myPTPTN mulai 2 Mei,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2024 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2025 di Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini, hari ini.
Untuk rekod, kadar dividen pada tahun sebelumnya (2023) adalah sebanyak 3.6 peratus, melibatkan peruntukan kira-kira RM357.65 juta.
Berita berkaitan
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm