Berita Berita
Kad Pekerja MADANI diperkenal, diskaun hingga 30 peratus kepada sejuta ahli kesatuan pekerja

KUALA LUMPUR 1 Mei - Golongan pekerja kini menikmati manfaat baharu apabila kerajaan memperkenalkan Kad Pekerja MADANI, sebuah inisiatif yang memberi akses diskaun sehingga 30 peratus kepada lebih sejuta ahli kesatuan pekerja di lebih 100 syarikat seluruh negara.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena perutusan khas beliau pada sambutan Hari Pekerja 2025 yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini.
"Kad Pekerja MADANI ini memberi peluang kepada pemegangnya menikmati pelbagai diskaun dan kemudahan," katanya dalam ucapan tersebut.
Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Antara syarikat yang menyertai inisiatif ini termasuk AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, Old Town White Coffee, ZUS Coffee, SOCAR dan Bateriku, yang menawarkan pelbagai bentuk potongan harga dan kemudahan kepada pemegang kad.
Dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kad Pekerja MADANI merupakan pendekatan strategik antara kerajaan dan sektor swasta dalam menyampaikan faedah secara bersasar kepada pekerja.
Ia bertujuan meringankan kos sara hidup, menggalakkan penyertaan dalam kesatuan sekerja, serta memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja secara mampan.
Inisiatif ini juga menyokong penglibatan sektor swasta dalam agenda kebajikan pekerja melalui pendekatan menang-menang, dengan menyasarkan peningkatan daya tarikan keahlian kesatuan sekerja melalui penawaran insentif yang relevan.
Pekerja yang ingin mendaftar dan menikmati manfaat kad ini boleh berbuat demikian menerusi pautan:
[https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/member/register]
Berita berkaitan
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm