Berita Berita
Kereta rempuh medan selera ketika cuba masuk parkir OKU di Ampang

AMPANG 2 Mei - Seorang lelaki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh ke dalam medan selera majlis perbandaran di Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 4.15 petang ketika pemandu tersebut sedang cuba memasuki petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).
“Ketika kenderaan (Toyota Fortuner) sedang bergerak masuk ke petak parkir, pemandu secara tiba-tiba menekan pedal minyak.
“Ia menyebabkan kenderaan itu merempuh masuk ke dalam kawasan medan selera dan melanggar beberapa peralatan di situ,” kata beliau.
Bagaimanapun, Mohd. Azam berkata, kemalangan tersebut tidak membabitkan kemalangan jiwa.
“Hanya kerosakan kenderaan serta harta benda awam.
“Kes disiasat di bawah Kesalahan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.
Berita berkaitan
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm