TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penceroboh haram semasa musim haji berdepan denda RM23,000, 10 tahun senarai hitam

By
|
Kongsi
image

 

RIYADH 2 Mei – Kerajaan Arab Saudi mengambil langkah tegas bagi mengawal kemasukan ke tanah suci sempena musim haji dengan menguatkuasakan peraturan baharu yang mengenakan hukuman berat kepada mereka yang melanggarnya.

Menurut laporan Hurriyet Daily, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memaklumkan bahawa individu yang memasuki Mekah atau kawasan suci lain tanpa permit sah akan dikenakan denda sebanyak 20,000 riyal (kira-kira RM23,040) dan dilarang memasuki negara itu selama 10 tahun.

Peraturan baharu ini mula berkuat kuasa pada 29 April dan akan dilaksanakan selama 44 hari, bertepatan dengan tempoh persiapan dan pelaksanaan ibadah haji.

Selain itu, mana-mana pihak yang membantu individu tanpa permit untuk memasuki kawasan larangan turut berdepan tindakan undang-undang dengan denda sehingga 97,500 riyal (RM110,242).

Warga asing yang cuba menunaikan haji tanpa kebenaran juga akan diusir serta dikenakan larangan memasuki semula Arab Saudi selama satu dekad.

Kementerian menegaskan bahawa jemaah haji perlu mendapatkan permit khas haji, yang berbeza daripada visa pelancong atau visa lawatan biasa. - AGENSI

 

+ - reset