Berita Berita
UMNO pilih Kerajaan Perpaduan demi rakyat, bukan sebab DAP – Jalaluddin

KUALA LUMPUR 4 Mei – UMNO menegaskan bahawa langkah menyertai Kerajaan Perpaduan adalah keputusan strategik demi menjamin kestabilan politik dan masa depan rakyat, bukannya berpunca daripada pengaruh mana-mana parti termasuk DAP.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan itu dibuat atas kesedaran terhadap tanggungjawab mempertahankan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di peringkat kerajaan.
Beliau menjelaskan, walaupun pernah berbeza pendapat dan prinsip dengan parti dalam gabungan kerajaan sekarang, UMNO tetap memilih pendekatan realistik untuk kepentingan negara secara keseluruhan.
Menurutnya, kerjasama politik bukan sesuatu yang statik dan harus bergerak seiring dengan keperluan semasa, terutama dalam menangani ketidaktentuan politik dan cabaran ekonomi.
Naratif yang mendakwa UMNO kononnya menyucikan DAP apabila berada dalam kerajaan dianggap sebagai cubaan memecah-belahkan perpaduan melalui permainan sentimen murahan.
"UMNO tidak mengangkat DAP sebagai pembela agenda Melayu atau Islam sebaliknya, kita berada dalam kerajaan untuk memastikan suara UMNO dan umat Melayu Islam terus didengar dan dimartabatkan," katanya dalam satu kenyataan.
Jalaluddin berkata, UMNO tidak pernah menafikan sejarah perbezaan politik dengan DAP dan akui pernah bertembung dari segi ideologi serta prinsip.
"Ia berkembang mengikut realiti dan keperluan semasa rakyat dan negara, justeru keputusan UMNO untuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan adalah langkah 'real politik' demi menyelamatkan Malaysia daripada krisis yang lebih besar antaranya ketidaktentuan ekonomi, ketidakstabilan politik dan masa depan rakyat yang terancam."
"UMNO tidak mengangkat DAP sebagai pembela agenda Melayu atau Islam sebaliknya, kita berada dalam kerajaan untuk memastikan suara UMNO dan umat Melayu Islam terus didengar dan dimartabatkan."
Jelas beliau lagi, UMNO kini memimpin perubahan dan tidak boleh terus dibelenggu oleh dendam politik silam.
"Keberanian mereka mengemudi parti kembali ke arus perdana bukan kerana nafsu kuasa, tetapi kerana keyakinan bahawa UMNO harus berada dalam kerajaan untuk memastikan dasar-dasar yang mengangkat Melayu, Bumiputera dan Islam dapat dilaksanakan.
"Kepada pihak yang masih terperangkap dalam naratif lama, kita tanya, sampai bila kita mahu berpolitik dengan kebencian dan retorik lampau?
"Jika benar kita memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, maka tempat terbaik untuk kita berbakti adalah dalam kerajaan, bukan dari luar dengan hanya membaling tuduhan," katanya.
Berita berkaitan
May 4, 2025, 3:37 pm
Lagi kes langgar lampu merah, rider maut dirempuh van di Senawang
May 4, 2025, 3:22 pm
Anwar ucap tahniah kepada PM Singapura, komited perkukuh hubungan dua hala
May 4, 2025, 3:07 pm
Siap sedia, Lembah Klang dilanda ribut petir petang ini
May 4, 2025, 2:42 pm
Budak 4 tahun tahan sakit tersepit hampir 30 minit dihempap lori terbalik di Sik
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm