TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 4 tahun tahan sakit tersepit hampir 30 minit dihempap lori terbalik di Sik

By
|
Kongsi
image

SIK 4 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun melalui detik cemas selama hampir setengah jam selepas tersepit di bawah sebuah lori muatan besi yang terbalik secara tiba-tiba dalam kejadian di Kampung Charuk Damar, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa membonceng motosikal yang ditunggang kakaknya berusia 18 tahun di laluan berbukit, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Motosikal mereka dipercayai berada betul-betul di belakang lori berkenaan yang secara tiba-tiba mengundur sebelum terbalik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mlohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas ‘air lifting bag’.

"Mangsa membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun yang cedera pada kaki, manakala adik lelakinya berusia empat tahun tersepit pada tangan.

"Operasi dilakukan berhati-hati disebabkan mangsa masih kecil, selain anggota cuba menstabilkan lori bagi mengelakkan ia menggelungsur," katanya.

Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

+ - reset