TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Siap sedia, Lembah Klang dilanda ribut petir petang ini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Mei – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kulim dan Bandar Baharu.

“Hujan lebat turut diramal di seluruh kawasan Perlis dan Pulau Pinang,” katanya.

Cuaca sama dijangka berlaku di Peran iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu, kawasan terlibat di Selangor termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Di Wilayah Persekutuan pula, ribut petir dijangka melanda di seluruh kawasan. 

+ - reset