TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tak perasan anak keluar ketika keluarga tidur, dudak 2 tahun ditemui terapung dalam kolam di inap desa

By
|
Kongsi
image

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui dalam keadaan terapung di kolam sebuah inap desa di Sungai Jagung di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang selepas mangsa bersama keluarganya selesai menghadiri satu majlis kenduri dan menginap di inap desa terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, kejadian disedari ibu mangsa yang menyedari anaknya tiada semasa mereka sekeluarga sedang tidur.

“Ibu mangsa menyedari anaknya tiada sebelum ternampak pintu inap desa terbuka.

“Ibu mangsa berlari keluar sebelum menemukan anaknya terapung di dalam kolam berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah. Keadaannya dilaporkan stabil.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

+ - reset