Berita Berita
Anwar ucap tahniah kepada PM Singapura, komited perkukuh hubungan dua hala

KUALA LUMPUR 4 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong atas kejayaan memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura 2025.
Dalam hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut mendoakan kejayaan Lawrence dan pasukannya dalam meneruskan kepimpinan negara itu bagi penggal baharu.
Menurutnya, kemakmuran dan keselamatan Malaysia dan Singapura saling berkait rapat, bukan sahaja kerana faktor geografi tetapi juga hubungan kekeluargaan yang erat antara kedua-dua negara.
Anwar menekankan pentingnya kerjasama dua hala dalam menghadapi cabaran sistem global dan perdagangan antarabangsa.
Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap potensi Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura sebagai lambang pencapaian dua negara berjiran yang saling komited terhadap matlamat bersama.
“Kami menantikan peluang dalam memperkukuh hubungan istimewa ini pada tahun-tahun mendatang,” katanya.
Sementara itu, media melaporkan PAP mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga dalam PRU Singapura apabila memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen. Parti pembangkang utama, Parti Pekerja (WP) pula mengekalkan 10 kerusi.
PAP yang berhaluan tengah terus mengekalkan rekod sebagai antara parti politik paling lama memerintah di dunia sejak mula mentadbir Singapura pada 1959.
Berita berkaitan
May 4, 2025, 3:37 pm
Lagi kes langgar lampu merah, rider maut dirempuh van di Senawang
May 4, 2025, 3:07 pm
Siap sedia, Lembah Klang dilanda ribut petir petang ini
May 4, 2025, 2:42 pm
Budak 4 tahun tahan sakit tersepit hampir 30 minit dihempap lori terbalik di Sik
May 4, 2025, 2:10 pm
UMNO pilih Kerajaan Perpaduan demi rakyat, bukan sebab DAP – Jalaluddin
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm