TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Makin berani, ​​​​​​​2 pegawai Imigresen cedera dirempuh tuka ng urut PATI ketika serbuan di Bukit Bintang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Mei – Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cedera ringan selepas dirempuh oleh tukang urut warga asing ketika serbuan dijalankan di sekitar Bukit Bintang malam semalam.

Insiden berlaku apabila beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, menyebabkan dua pegawai terbabit mengalami luka di tangan dan lutut selepas dirempuh hingga terjatuh.

Seorang wanita warga asing yang dikenali sebagai Dewi, 42, mengakui panik dan cuba melarikan diri kerana tidak memiliki permit kerja yang sah. Wanita itu juga memaklumkan bahawa dia telah bekerja sebagai tukang urut di negara ini selama enam tahun dengan pendapatan harian sebanyak RM100.

“Kebiasaanya dalam operasi seperti ini, pasti ada individu yang cuba meloloskan diri dan berlaku insiden kejar-mengejar menyebabkan pegawai terdedah kepada risiko kecederaan,” kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi JIM, Jafri Embok Taha.

Tambahnya, semua warga asing terbabit berjaya diberkas dalam serbuan bermula jam 8.30 malam itu yang dijalankan di dua lokasi iaitu Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dan Bukit Bintang.


+ - reset