TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lebih 200 doktor, petugas kesihatan berhimpun bantah peraturan papar harga ubat

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 6 Mei — Lebih 200 doktor dan petugas kesihatan hari ini berhimpun secara aman di Laman Perdana, berhampiran Bangunan Perdana Putra, bagi membantah pelaksanaan peraturan baharu yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan secara terbuka.

Perhimpunan bermula sekitar jam 9.30 pagi dan dijangka disusuli dengan penyerahan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) oleh wakil kumpulan terbabit.

Suasana di lokasi menyaksikan para peserta berpakaian serba hitam sambil membawa sepanduk, plakad dan kain rentang yang meluahkan ketidaksetujuan mereka terhadap peraturan tersebut.

Turut kelihatan, beberapa anggota polis ditempatkan untuk memastikan keadaan terkawal dan perarakan berlangsung dengan aman.

Perhimpunan itu dianjurkan susulan notis rasmi yang dikemukakan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) kepada pihak berkuasa. MMA sebelum ini menyuarakan kebimbangan bahawa peraturan berkenaan bakal menjejaskan operasi serta daya saing klinik dan farmasi swasta, terutama yang kecil dan beroperasi di kawasan luar bandar.

Pihak kerajaan setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung bantahan tersebut.

+ - reset