Berita Berita
Malaysia Expo Dili 2025 bakal jadi hab perdagangan dan budaya serantau

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
DILI, 6 Mei – Malaysia Expo Dili 2025 (MYExpo Dili) bakal menemui pemain industri di Pusat Konvensyen Dili, yang dijangka menjadi medan utama menyatukan inovasi, perdagangan dan budaya dalam satu platform berimpak tinggi.
Ekspo anjuran My Events International Sdn Bhd selama dua hari itu turut mendapat sokongan Kedutaan Malaysia di Dili, Timor-Leste, bersempena Pengerusi ASEAN Malaysia 2025 dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
MYExpo Dili 2025 akan menampilkan lebih 30 syarikat terkemuka dari Malaysia, yang mempamerkan keupayaan dalam bidang pendidikan tinggi, produk inovatif, penyelesaian perniagaan dan perkhidmatan.
Dianggarkan, lebih 70 perwakilan perniagaan dari Malaysia dijangka hadir bagi meneroka peluang pelaburan dan mengukuhkan hubungan perniagaan di pasaran Timor-Leste.
Antara rakan strategik yang menyokong penganjuran ekspo ini ialah Weststar Aviation Services, Redstar Global Timor Lda, Golden River Universe Lda, Everworks Timor-Leste Lda, MetroLink, Timor Lodge Hotel & Residence, dan Telkomcel.
Selain pameran, ekspo ini turut menjadi platform rangkaian profesional yang merangkumi pembentangan, perbincangan meja bulat, persembahan kebudayaan serta sesi padanan perniagaan. Majlis makan malam khas turut dijadualkan bagi menghimpunkan tokoh-tokoh utama dari kedua-dua negara bagi menggalakkan kerjasama masa depan.
Seiring tema Pengerusi ASEAN Malaysia – ‘Inklusiviti dan Kelestarian’, acara ini turut diserikan dengan Bazar ASEAN yang terbuka kepada orang ramai bagi meraikan kepelbagaian budaya dan cita rasa rantau ini.
Penganjur menjemput penduduk Dili dan seluruh Timor-Leste untuk menyertai MYExpo Dili 2025 dan bersama-sama menyokong inisiatif memperkukuh kerjasama serantau serta memperluas peluang ekonomi dan budaya.
Untuk maklumat lanjut atau peluang kerjasama, sila hubungi Encik Shariff di +6013 628 6715 atau ikuti perkembangan terkini di media sosial @myeventsintl. - Media Telus
Berita berkaitan
May 6, 2025, 5:19 pm
Lima individu disaman kerana beri makan merpati di tempat awam
May 6, 2025, 3:41 pm
Kerajaan tumpu penstrukturan semula pembiayaan kesihatan - Anwar
May 6, 2025, 3:22 pm
Lelaki OKU didakwa bunuh peminta sedekah di Shah Alam
May 6, 2025, 2:07 pm
Lebih 200 doktor, petugas kesihatan berhimpun bantah peraturan papar harga ubat
May 6, 2025, 1:46 pm
Konflik India-Pakistan boleh jejas bekalan beras ke Malaysia - Mat Sabu
May 6, 2025, 12:09 pm
Komander agensi ditahan terima rasuah RM5,000 untuk lulus pembekalan
May 6, 2025, 11:23 am