TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lima individu disaman kerana beri makan merpati di tempat awam

By
|
Kongsi
image

 

GEORGETOWN 6 Mei - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan tegas terhadap lima individu yang dikesan memberi makanan kepada burung merpati di kawasan awam, dengan mengeluarkan kompaun terhadap mereka.

Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, MBPP memaklumkan, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 47(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang memperuntukkan kompaun sebanyak RM250 bagi setiap kesalahan.

"Mereka juga boleh dikenakan tindakan mahkamah sekiranya masih ingkar atau tidak membayar kompaun bagi kesalahan terbabit.

"Mereka didapati sengaja membuang sisa makanan dengan tujuan memberi makan kepada burung merpati di tempat awam.

"Walaupun hebahan dan pendidikan awam sudah dilaksanakan oleh pihak MBPP, masih ada individu yang tidak mengendahkan nasihat berkenaan," jelas kenyataan itu.

MBPP turut memaklumkan, pada April lalu sebanyak 818 ekor merpati berjaya ditangkap dalam operasi kawalan populasi yang dijalankan di kawasan panas, selain 36 sarang burung gagak turut dimusnahkan.

Sebagai langkah pencegahan berterusan, MBPP melaksanakan pemantauan dan operasi kawalan populasi merpati setiap hari di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.

+ - reset