Berita Berita
Lelaki OKU didakwa bunuh peminta sedekah di Shah Alam

SHAH ALAM 6 Mei - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam berusia 28 tahun didakwa atas pertuduhan membunuh seorang peminta sedekah dalam satu prosiding tertutup yang dijalankan di Hospital Shah Alam (HSAS), hari ini.
Tertuduh, Mohamad Fauzan Adib Abd Aziz, hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam, Mislia Mohd Aris. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata prosiding dijalankan secara tertutup sekitar jam 10.22 pagi di wad pemerhatian HSAS kerana tertuduh masih menerima rawatan akibat penyakit sawan.
"Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Anisa Khairus Masnan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Jun ini di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Sebelum ini, media melaporkan seorang peminta sedekah maut ditikam dalam kejadian berdarah di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, Shah Alam pada 24 April lalu. Pertelingkahan antara mangsa dan suspek dipercayai berpunca daripada perebutan lokasi meminta sedekah yang berlaku sejak sehari sebelum kejadian.
Mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat ditikam bertubi-tubi. Beliau dilaporkan tidak mempunyai kad OKU namun memakai besi di kaki kanan akibat kemalangan tiga tahun lalu.
Berita berkaitan
May 6, 2025, 7:19 pm
Hati-hati, 6 negeri diramal hujan lebat malam ini
May 6, 2025, 7:06 pm
Wanita maut tercampak keluar dari van di Lebuh Raya KESAS
May 6, 2025, 5:19 pm
Lima individu disaman kerana beri makan merpati di tempat awam
May 6, 2025, 3:41 pm
Kerajaan tumpu penstrukturan semula pembiayaan kesihatan - Anwar
May 6, 2025, 2:07 pm
Lebih 200 doktor, petugas kesihatan berhimpun bantah peraturan papar harga ubat
May 6, 2025, 1:46 pm
Konflik India-Pakistan boleh jejas bekalan beras ke Malaysia - Mat Sabu
May 6, 2025, 1:17 pm