TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita maut tercampak keluar dari van di Lebuh Raya KESAS

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 6 Mei - Seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 2.58 petang yang memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, pengadu mendakwa melihat seorang wanita tercampak keluar dari van yang kemudiannya terus meninggalkan lokasi kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 2.35 petang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM).

"Mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 44 tahun dan beralamat di Menglembu, Ipoh, Perak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke HCTM UKM untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Tambah Aidil, polis kini giat menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti pemandu van terbabit serta motif kejadian.

+ - reset