Berita Berita
Hati-hati, 6 negeri diramal hujan lebat malam ini

KUALA LUMPUR 6 Mei - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga malam ini.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di Pahang (Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).
“Ribut petir pula dijangka berlaku di Sabah sekitar Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat (Kota Marudu).
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sarawak daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Belaga) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh)” katanya.
Berita berkaitan
May 6, 2025, 7:06 pm
Wanita maut tercampak keluar dari van di Lebuh Raya KESAS
May 6, 2025, 5:19 pm
Lima individu disaman kerana beri makan merpati di tempat awam
May 6, 2025, 3:41 pm
Kerajaan tumpu penstrukturan semula pembiayaan kesihatan - Anwar
May 6, 2025, 3:22 pm
Lelaki OKU didakwa bunuh peminta sedekah di Shah Alam
May 6, 2025, 2:07 pm
Lebih 200 doktor, petugas kesihatan berhimpun bantah peraturan papar harga ubat
May 6, 2025, 1:46 pm
Konflik India-Pakistan boleh jejas bekalan beras ke Malaysia - Mat Sabu
May 6, 2025, 1:17 pm