Berita Dunia
PM India umum akan sekat aliran air ke sempadan, Pakistan berang
NEW DELHI, 7 Mei — Ketegangan antara India dan Pakistan terus memuncak apabila Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan bahawa negaranya akan menyekat aliran air dari India ke sempadan antarabangsa demi kepentingan rakyatnya sendiri.
Dalam kenyataan yang tular semalam, Modi menegaskan bahawa "air India adalah untuk India sahaja", sambil memaklumkan bahawa lebihan air akan dipelihara dan digunakan bagi pembangunan negara itu.
“Air ini akan digunakan untuk faedah India serta kemajuan India,” katanya seperti dilaporkan BBC.
Modi tidak memperincikan mekanisme pelaksanaan sekatan tersebut, namun pakar menjangka ia melibatkan pembinaan empangan, takungan dan tasik baharu iaitu langkah yang dijangka mengambil masa bertahun-tahun.
Kenyataan itu muncul dua minggu selepas India menggantung Perjanjian Perairan Indus (IWT) 1960, yang sebelum ini menjadi tunjang perkongsian air antara India dan Pakistan selama lebih 65 tahun, meskipun kedua-dua negara pernah berperang.
Pengumuman tersebut dipercayai susulan serangan berdarah oleh kumpulan bersenjata terhadap pelancong di wilayah Kashmir yang ditadbir India, yang mengorbankan 26 orang awam. New Delhi menuduh Islamabad terlibat dalam menyokong keganasan lintas sempadan, tuduhan yang dinafikan keras oleh Pakistan.
Tindakan India mengancam untuk menjejaskan bekalan air kepada lebih 80 peratus ladang di Pakistan, memandangkan beberapa sungai utama negara itu berpunca dari wilayah India.
Pemimpin Pakistan sebelum ini telah memberi amaran bahawa sebarang cubaan menyekat aliran air akan dianggap sebagai "tindakan perang" menerusi satu kenyataan yang kini kembali hangat diperkatakan susulan penggantungan IWT.
Ketegangan ini menambahkan kebimbangan antarabangsa terhadap kestabilan rantau Asia Selatan, terutamanya berkaitan isu keselamatan makanan dan kemanusiaan.
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
