Berita Berita
Pemandu lori pasir tragedi FRU direman 4 hari, syarikat pemilik lori akan dipanggil

TELUK INTAN 14 Mei – Pemandu lori berusia 45 tahun yang terlibat dalam kemalangan tragis mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam, kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman selepas permohonan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Dr Bakri Zainal Abidin, di Mahkamah Teluk Intan hari ini.
Menurut ACP Bakri, kehadiran beliau sendiri ke mahkamah adalah bukti kesungguhan pihak polis untuk menyiasat insiden itu secara menyeluruh, di bawah siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kita akan meneruskan siasatan melihat dari sudut aspek kecuaian manusia, isu-isu teknikal dan juga isu persekitaran yang boleh membantu siasatan.
“Daripada media sosial, saya telah memantau ramai saksi awam sebenarnya yang melihat kejadian sebelum dan semasa kejadian.
“Jadi, saya menyuruh masyarakat, khasnya masyarakat Hilir Perak untuk membantu, menyalurkan maklumat yang boleh membantu siasatan kita,” katanya kepada media selepas selesai membuat permohonan reman.
Beliau turut menggesa orang awam yang menyaksikan kejadian tampil memberikan maklumat terus kepadanya di talian 017-8211326 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.
Tambahnya, siasatan akan diperluas dengan penglibatan beberapa agensi teknikal seperti PUSPAKOM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menilai aspek keselamatan kenderaan dan keadaan jalan raya.
Syarikat pemilik lori yang terlibat juga akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
May 14, 2025, 4:36 pm
Lelaki hanyut dua hari bersama rakit di Sungai Kelantan ditemui dalam keadaan lemah
May 14, 2025, 4:23 pm
Hospital Putrajaya, HKL tersenarai dalam 50 hospital terbaik dunia
May 14, 2025, 4:16 pm
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan lengkapkan laporan nahas FRU
May 14, 2025, 4:10 pm
Remaja memandu melulu sebabkan 5 maut dibebaskan dengan jaminan RM5,000
May 14, 2025, 3:49 pm
Polis akan ambil keterangan anak Datin Seri Pamela di Singapura
May 14, 2025, 3:44 pm
Nurul Izzah nafi berselisih faham dengan Hassan Karim
May 14, 2025, 3:39 pm
Perlis haramkan penjualan vape bermula 1 Ogos
May 14, 2025, 3:38 pm
PDRM pertimbang langkah keselamatan baharu selepas tragedi FRU
May 14, 2025, 3:22 pm