TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 Mei - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah hingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan METMalaysia di Facebook, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlaku dalam tempoh singkat namun boleh memberi kesan terhadap keselamatan orang awam.

Antara kawasan yang terlibat termasuk:

Kedah: Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Perak: Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Kelantan: Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

Sabah: Kawasan pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau, serta Pantai Barat (Papar).

METMalaysia menjelaskan bahawa amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter dalam tempoh sejam atau lebih. Amaran ini merupakan amaran jangka pendek yang berkuat kuasa tidak lebih daripada enam jam setiap kali dikeluarkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui saluran rasmi METMalaysia. - Media Telus

+ - reset