Berita Berita
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC

IPOH 16 Mei - Daerah Manjung mencatatkan jumlah tertinggi rumah siap dibina tetapi tidak terjual di Perak pada tahun lalu, dengan sejumlah 1,194 unit direkodkan, menurut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
Ketua NAPIC Negeri Perak, Norazura Hassan berkata, daerah Kinta mencatatkan jumlah kedua tertinggi dengan 899 unit, diikuti Kampar sebanyak 251 unit, menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu sebanyak 2,844 unit bagi tahun 2024.
Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding 4,598 unit yang direkodkan pada tahun 2023.
“Kondominium mendominasi kategori kediaman paling banyak tidak terjual dengan 1,022 unit, diikuti rumah teres setingkat (740 unit) dan rumah teres dua atau tiga tingkat (704 unit),” jelas Norazura.
Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat Analisis Data Perumahan anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak, yang turut dihadiri Pengerusi REHDA negeri, Loh Ban Ho.
Sektor hartanah yang lebih seimbang dilihat penting untuk mengekang lebihan penawaran unit kediaman tidak terjual, selain memastikan keperluan pembeli sebenar dipenuhi, terutamanya dalam segmen rumah mampu milik. - Media Telus
Berita berkaitan
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm
Kes HFMD di Kelantan meningkat tiga kali ganda, kanak-kanak paling terjejas
May 16, 2025, 6:46 pm
Usaha bawa pulang Jho Low tidak disenangi sesetengah pihak - PM
May 16, 2025, 4:45 pm
Budak lelaki 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong
May 16, 2025, 3:13 pm
Guru kini boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat – KPM
May 16, 2025, 3:07 pm
Polis panggil pemilik syarikat lori bantu siasatan tragedi FRU di Teluk Intan
May 16, 2025, 2:48 pm