Berita Berita
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN

ALOR SETAR 16 Mei – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa kelewatan pengeluaran prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan unsur nadir bumi (REE) oleh kerajaan Persekutuan disebabkan unsur politik, yang didakwanya bertujuan menyekat kemajuan negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Menurut beliau, Kedah, Kelantan dan Terengganu – negeri-negeri dalam kerangka SG4 – memiliki sumber REE yang besar dan berpotensi menjana pendapatan tinggi jika diteroka secara sah.
“Paling banyak sekali REE ada di SG4. Sebab itu saya agak mereka tak berani keluarkan SOP. Kalau keluarkan SOP, kayalah negeri-negeri SG4 termasuk Kedah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.
Tambah Sanusi, meskipun beberapa sesi libat urus telah dijalankan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), SOP rasmi untuk aktiviti perlombongan masih belum dimuktamadkan.
Beliau turut menyatakan kekesalan kerana potensi REE yang dimiliki negeri-negeri berkenaan masih tidak boleh diiktiraf sebagai sumber pendapatan rasmi tanpa sebarang usaha pengeluaran yang sah.
Pada 24 November tahun lalu, Sanusi pernah mencadangkan supaya NRES meminda beberapa dasar berkaitan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek perlombongan REE. - Media Telus
Berita berkaitan
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm
Kes HFMD di Kelantan meningkat tiga kali ganda, kanak-kanak paling terjejas
May 16, 2025, 6:46 pm
Usaha bawa pulang Jho Low tidak disenangi sesetengah pihak - PM
May 16, 2025, 4:45 pm
Budak lelaki 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong
May 16, 2025, 3:13 pm
Guru kini boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat – KPM
May 16, 2025, 3:07 pm
Polis panggil pemilik syarikat lori bantu siasatan tragedi FRU di Teluk Intan
May 16, 2025, 2:48 pm