Berita Berita
Kes HFMD di Kelantan meningkat tiga kali ganda, kanak-kanak paling terjejas

KOTA BHARU 16 Mei – Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Kelantan terus menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila 8,801 kes dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-19 tahun ini. Angka itu merupakan lonjakan lebih tiga kali ganda berbanding 2,348 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, peningkatan ketara ini sejajar dengan pola jangkitan yang pernah berlaku pada tahun 2022. Beliau memaklumkan bahawa sebanyak 12 wabak masih aktif setakat ini, dengan kes tertumpu di beberapa daerah seperti Pasir Puteh, Kuala Krai, Pasir Mas, Machang, Gua Musang dan Kota Bharu.
Kota Bharu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 3,060 kes, manakala daerah lain merekodkan antara 400 hingga 850 kes. Menurut Dr Zaini, kes HFMD kekal tinggi secara konsisten dengan purata mingguan sebanyak 895 kes baharu dilaporkan.
Sebahagian besar kes melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah, dengan simptom utama termasuk demam ringan serta ruam atau lepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah.
Sehubungan itu, pihak Jabatan Kesihatan menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya lebih peka terhadap aspek kebersihan dan kesihatan anak-anak. Pengusaha pusat jagaan kanak-kanak juga digesa mengambil langkah pencegahan seperti melakukan saringan kesihatan harian dan sanitasi berkala di premis mereka.
Pihak berkuasa kesihatan turut mengingatkan bahawa walaupun kebanyakan kes HFMD tidak serius, penularannya boleh berlaku dengan cepat terutama di kalangan kanak-kanak yang berada dalam persekitaran tertutup seperti taska dan tadika. - Media Telus
Berita berkaitan
May 17, 2025, 9:26 am
Gandingan Anwar-Rafizi yang terbaik terajui PKR hadapi PRU - Nik Nazmi
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 6:46 pm
Usaha bawa pulang Jho Low tidak disenangi sesetengah pihak - PM
May 16, 2025, 4:45 pm
Budak lelaki 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong
May 16, 2025, 3:13 pm