TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak lelaki 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong

By
|
Kongsi
image

 

MELAKA, 16 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah unit pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong di sini, kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Lokman Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 2.30 petang sebelum mengerahkan 17 anggota dari tiga balai bomba ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan rumah di tingkat enam PPR Krubong dengan keluasan 20 kali 40 kaki persegi.

“Kebakaran melibatkan 50 peratus ruang kediaman dan mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki terkorban selepas terperangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

+ - reset