Berita Berita
Gandingan Anwar-Rafizi yang terbaik terajui PKR hadapi PRU - Nik Nazmi

KOTA BHARU, 17 Mei – Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai barisan kepimpinan terbaik untuk terus menerajui parti menjelang Pemilihan PKR 2025 dan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkata kedudukan Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR perlu dikekalkan bagi memastikan kekuatan dan kestabilan parti terus terpelihara.
"Saya kenal kedua-dua calon timbalan presiden dalam Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028 iaitu Rafizi dan Nurul Izzah Anwar, namun kita semua tahu Rafizi mempunyai rekod terbaik sepanjang memimpin PKR selama ini.
Gandingan sedia ada antara Rafizi dan Presiden PKR terbaik untuk terus mengekalkan parti ini yang diyakini rakyat," katanya ketika berucap pada Program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di sini, hari ini.
Beliau turut mengangkat peranan Rafizi dalam menyumbang kepada kejayaan Pakatan Harapan meraih 30 kerusi Parlimen pada PRU15, sebagai bukti kemampuannya dalam memperkukuh kekuatan gabungan.
"Tugas untuk memenangi PRU bukan mudah, kita perlukan calon terbaik untuk berhadapan pembangkang dan saya percaya beliau (Rafizi) adalah yang terbaik," katanya.
Nik Nazmi juga menekankan pentingnya Kelantan sebagai medan strategi utama dan menyeru akar umbi parti membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan parti akan datang.
"Saya yakin kalau ada kombinasi kepimpinan yang betul, kita dapat melakar strategi. Kalau ada lebih 50 kerusi, Kelantan perlu sumbang kerusi Parlimen untuk Pakatan Harapan.
Justeru, kita perlukan kepimpinan sesuai untuk merealisasikannya dan calon terbaik adalah Rafizi," katanya.
Pemilihan PKR bagi sesi 2025–2028 dijangka menjadi medan persaingan hangat apabila dua nama besar iaitu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dijangka bertembung untuk jawatan Timbalan Presiden.
Berita berkaitan
May 17, 2025, 1:26 pm
71 sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 selama 3 hari
May 17, 2025, 12:28 pm
Pertukaran lesen memandu asing ke lesen Malaysia dihentikan mulai 19 Mei – JPJ
May 17, 2025, 12:00 pm
Mayat 2 warga Singapura ditemui mula mereput, busuk di rumah inap di Cheras
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm