Berita Berita
Gudang terbiar jadi tapak buang sisa berjadual, 3 individu termasuk Pengarah Urusan dicekup

JOHOR BAHRU 17 Mei - Tiga individu termasuk Pengarah Urusan dan pengurus kilang ditahan dalam pemeriksaan di kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini, kelmarin.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, penahanan itu susulan aduan awam berhubung pelupusan haram buangan terjadual di sebuah gudang terbiar di kawasan terbabit.
Katanya siasatan mendapati terdapat buangan terjadual yang ditanam di kawasan semak oleh sebuah premis pembuatan minyak bahanapi.
"Hasil siasatan lanjut menemukan lebih kurang 16 bekas bahan cecair mengandungi buangan terjadual 'SW 311' iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak yang disimpan dalam bangunan tinggal di kilang.
"Sebanyak tiga sampel bahan dianalisis Jabatan Kimia Negeri Johor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Dr Mohd Famey, tangkapan terhadap dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 28 hingga 62 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 37C, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Katanya, siasatan lanjut kes itu dilakukan berhubung pencemaran ke atas tanah di bawah Seksyen 24(1) dan Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Pihak industri adalah diingatkan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
"Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat," katanya.
Berita berkaitan
May 17, 2025, 1:26 pm
71 sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 selama 3 hari
May 17, 2025, 12:28 pm
Pertukaran lesen memandu asing ke lesen Malaysia dihentikan mulai 19 Mei – JPJ
May 17, 2025, 12:00 pm
Mayat 2 warga Singapura ditemui mula mereput, busuk di rumah inap di Cheras
May 17, 2025, 9:26 am
Gandingan Anwar-Rafizi yang terbaik terajui PKR hadapi PRU - Nik Nazmi
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm