Berita Berita
Pertukaran lesen memandu asing ke lesen Malaysia dihentikan mulai 19 Mei – JPJ

PUTRAJAYA, 17 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan dihentikan sepenuhnya berkuat kuasa 19 Mei ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata keputusan itu diambil bagi memperkukuh pematuhan terhadap piawaian keselamatan jalan raya melibatkan warga asing di negara ini.
“Penambahbaikan ini adalah satu daripada usaha dan komitmen kerajaan MADANI untuk meningkatkan aspek keselamatan jalan raya serta memperkukuhkan tadbir urus dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, dengan pelaksanaan ketetapan baharu ini, semua warga asing yang ingin memiliki LMM perlu menjalani prosedur biasa sebagaimana dilalui oleh warganegara Malaysia, termasuk menjalani ujian teori dan praktikal yang ditetapkan JPJ.
Bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi beberapa kategori pemohon, termasuk:
Individu bawah kor diplomatik;
Peserta program Malaysia My Second Home (MM2H); dan
Warganegara Malaysia yang memperoleh lesen memandu asing sebelum memiliki LMM.
Dalam pada itu, Aedy Fadly turut menjelaskan bahawa warga asing yang berada di Malaysia untuk tempoh kurang 12 bulan tertakluk kepada ketetapan berasingan bergantung kepada negara asal mereka.
Bagi individu dari negara yang merupakan Pihak Pejanji kepada Konvensyen Lalu Lintas Jalan Raya 1949 (Geneva)dan 1968 (Vienna), mereka dibenarkan memandu di Malaysia menggunakan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)yang sah dan dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara asal.
Sementara itu, bagi warga negara ASEAN pula, mereka dibenarkan memandu di Malaysia menggunakan lesen memandu negara asal, selaras dengan Perjanjian Pengiktirafan Lesen Memandu Domestik ASEAN 1985.
Ketetapan baharu itu dijangka memberi impak besar terhadap permohonan lesen oleh warga asing, terutamanya yang menetap secara tetap atau jangka panjang di negara ini.
Ia turut mencerminkan penegasan JPJ dalam memastikan pemegang lesen di Malaysia benar-benar memenuhi standard keselamatan dan kelayakan yang ditetapkan.
Berita berkaitan
August 24, 2025, 8:54 am
Gegaran gemba bumi dikesan di Johor, MB nasihat penduduk jauhi struktur bangunan tidak kukuh
August 23, 2025, 10:13 pm
PM tambah lagi peruntukan RM200,000 untuk Himpunan RXZ Members 7.0
August 23, 2025, 9:42 pm
Asap tebal dari lori punca nahas 12 Kenderaan di Pagoh, seorang maut tersepit
August 23, 2025, 8:39 pm
25 penumpang cemas bas ekspres berlanggar treler di Lebuhraya PLUS
August 23, 2025, 7:21 pm
Kes Jalur Gemilang terbalik jangan diperbesarkan jika tak sengaja – Saifuddin
August 23, 2025, 5:02 pm
Budak 3 tahun maut terjatuh dari tingkat 6 pangsapuri di Kota Damansara
August 23, 2025, 3:25 pm
Pecutan SPM 2024 bukti kejayaan awal Program Anak Kita selepas setahun dilaksana - Fadhlina
August 23, 2025, 3:13 pm
Remaja 16 tahun tiada lesen memandu dipercayai terlelap punca nahas ragut 4 nyawa di Banting
August 23, 2025, 2:46 pm