Berita Berita
71 sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 selama 3 hari

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari, bermula 26 hingga 28 Mei ini, sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kebenaran pelaksanaan PdPR itu diberikan susulan penutupan jalan dan kawalan keselamatan di sekitar lokasi persidangan yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
“Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas,” menurut kenyataan KPM.
Kementerian itu turut yakin bahawa pengalaman terdahulu dalam melaksanakan PdPR semasa pandemik dan ketika bencana sebelum ini mampu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
“KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” kata kenyataan itu lagi.
Sehubungan itu, KPM menasihati ibu bapa, penjaga, murid serta warga sekolah terlibat untuk merujuk kepada saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan PdPR sepanjang tempoh tersebut.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei dijangka menghimpunkan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN.
Persidangan berkenaan akan membincangkan pelbagai isu serantau, kerjasama ekonomi serta inisiatif berkaitan keterangkuman dan kemampanan rantau Asia Tenggara.
Berita berkaitan
May 17, 2025, 12:28 pm
Pertukaran lesen memandu asing ke lesen Malaysia dihentikan mulai 19 Mei – JPJ
May 17, 2025, 12:00 pm
Mayat 2 warga Singapura ditemui mula mereput, busuk di rumah inap di Cheras
May 17, 2025, 9:26 am
Gandingan Anwar-Rafizi yang terbaik terajui PKR hadapi PRU - Nik Nazmi
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm