TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ramai tak sangka ada rekod, Wang Tak Dituntut cecah RM13.3 bilion - Akauntan Negara

By
|
Kongsi
image

BATU PAHAT 18 Mei - Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut (WTD), setakat bulan lalu, walaupun pelbagai kempen dan promosi dilakukan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

Akauntan Negara, Nor Yati Ahmad, berkata sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya kira-kira RM4 bilion telah dituntut pemilik atau waris.

Beliau berkata, ia mungkin disebabkan individu atau waris tidak menyangka mereka mempunyai rekod WTD, selain ada yang tidak pernah membuat semakan dengan JANM.

"Mereka sebenarnya boleh membuat semakan atau mengemukakan permohonan tuntutan melalui portal rasmi atau aplikasi eGumis serta hadir ke cawangan JANM di setiap negeri.

"Kami akan terus melakukan promosi dan aktiviti turun padang menghebahkan kewujudan WTD kerana wang itu hanya boleh dikeluarkan oleh pemilik atau waris," katanya.

+ - reset