TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas meninggal dunia ketika solat Maghrib di Kulim

By
|
Kongsi
image

 

KULIM 18 Mei - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menunaikan solat Maghrib di Surau Al Madinah, Taman Lobak, di sini, malam semalam.

Mangsa, Raji Ahmad, 77, disedari rebah oleh jemaah lain sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan memaklumkan, anak lelaki mangsa yang berusia 42 tahun telah memaklumkan insiden tersebut kepada pihak polis pada jam 7.29 malam.

Menurutnya, sebaik tiba di surau berkenaan, pegawai perubatan dari Hospital Kulim telah pun berada di tempat kejadian dan mengesahkan kematian mangsa pada jam 8.05 malam.

“Anak lelaki mangsa memaklumkan bahawa bapanya tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit mahupun rekod perubatan,” katanya.

Zulkifli turut mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah terlibat dalam kes kematian tersebut.

+ - reset