TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 7 apartmen di Putrajaya

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 18 Mei - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah perumahan awam dekat Presint 9 di sini petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan insiden itu kira-kira pukul 2.24 petang daripada petugas di wad kecemasan Hospital Putrajaya.

“Mereka mengatakan telah menerima kes seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun dalam keadaan berlumuran darah yang dibawa oleh bapanya.

“Pemeriksaan dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut dan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut telah jatuh dari Tingkat 7 di sebuah perumahan awam di Presint 9, Putrajaya.

“Bedah siasat dijalankan hari ini kira-kira pukul 8 pagi.

“Ketika ini, kes tersebut masih dalam siasatan,” katanya. 

+ - reset