Berita Berita
Isteri orang anak 4 dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang dalam rumah sewa di Padang Serai

KULIM 18 Mei - Seorang wanita berstatus isteri dan ibu kepada empat orang anak ditahan bersama seorang lelaki muda dalam serbuan berkaitan kesalahan jenayah syariah di sebuah rumah sewa di Padang Serai, awal pagi tadi.
Wanita berusia 29 tahun itu ditahan bersama pasangannya yang berumur 23 tahun dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kira-kira jam 1.45 pagi hasil maklumat awam.
Pegawai PADK, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri serta menyatakan tujuan kehadiran.
“Selepas hampir lima minit, seorang wanita berpakaian baju T dan kain batik membuka pintu.
"Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans bersembunyi di sebalik pintu,” katanya ketika dihubungi.
Hasil siasatan awal mendapati, wanita terbabit mengaku lelaki itu merupakan teman lelakinya yang baru dikenalinya kira-kira empat bulan lalu ketika mereka bertemu di sebuah pasar raya di daerah ini.
Tambah beliau, pasangan itu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka adalah suami isteri atau mempunyai hubungan mahram.
Kes disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah kerana disyaki berkhalwat.
Berita berkaitan
May 18, 2025, 2:26 pm
Telur Malaysia paling murah di Asia Tenggara, subsidi bakal dihentikan Ogos Ini
May 18, 2025, 2:24 pm
Warga emas meninggal dunia ketika solat Maghrib di Kulim
May 18, 2025, 10:30 am
USM, UKM dipilih laksana projek rintis Program Pendidikan Tingkatan Enam
May 18, 2025, 9:20 am
Budak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 7 apartmen di Putrajaya
May 18, 2025, 9:04 am
Ramai tak sangka ada rekod, Wang Tak Dituntut cecah RM13.3 bilion - Akauntan Negara
May 17, 2025, 1:26 pm
71 sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 selama 3 hari
May 17, 2025, 12:28 pm
Pertukaran lesen memandu asing ke lesen Malaysia dihentikan mulai 19 Mei – JPJ
May 17, 2025, 12:00 pm
Mayat 2 warga Singapura ditemui mula mereput, busuk di rumah inap di Cheras
May 17, 2025, 9:26 am